There was an error in this gadget

Saturday, 27 July 2013

bangga seyh... Anak mersing nyanyi untuk mersing.. sape yang nk dengar tu boleh klik link kt bawah ni... n aku akan bg lirik die sat g... dengar byk kali pun  xbosan...

https://soundcloud.com/eangr8/mersing-most-wanted

Mersing Most Wanted
Chorus:
i've been livin in this place too long (too long)
tryna find my way back home (back home)
to Mersing i say hello
hello

Lagu sri mersing bukan seloka pak kadok
Digarap anak muda bukan semata dicedok
Dengar dua telinga jangan baling dengan senduk
Cerita orang kita kaji, buka mata baru tengok

Balik kampung Endau rumah tokmak di Sungai Padang
Disengat tebuan satu minggu bernasib malang 
Jatuh bila gaduh tapi menang bila perang
Resam anak Johor takkan angkuh macam seladang

Muda muda dari jauh nampak bijak betul
Tua tua dari seberang tahu sangat matang
Kerja amanah diberi dibuat sungguh betul
Hasil nanti jangan pening kalau bersepah dulang

kepala padi tunduk bila makin berisi
Ayat lama penuh makna pun jadi motivasi
Wajib sujud Maha Satu biar ku jadi saksi
Masjid atas bukit lima waktu aku beraksi

(Chorus)
ilmu dalam dada jangan sampai jadi basi
genggam erat dalam tangan ijazah yang diberi
biar pandai inggeris tapi jangan lupa jawi
jauh mana pun belayar kena ingat mana berdiri

banyak orang, ragam banyak, banyak cerita
angkat diri tabik dada bagai diraja
lawan guna minda bukan lagi senjata
laju dalam kepala bukan laju peluru buta

Pergi Air Papan dengan ibu dengan adik 
Lalu jalan Tanjung nampak dua lembu tergolek
adat molek negeri cantik jangan bertikam dengan badik
apa ada kita sua tak rugi berbudi baik

biar tempat hujung dunia hujung negaraku
asalkan banyak benda dah dapat nombor satu
tempat menulis, mengaji, dan menuntut ilmu
dari Mersing, Johor luaskan kuasamu

(Chorus)
Pengkalan Batu where you at.
Sri Mersing where you at.
Ah, Mersing Most Wanted yo.
Sri Pantai where you at.
Mersing Kecil where you at.

No comments:

Post a Comment